Seorang juruteknik dijatuhi hukuman penjara 64 tahun dan lapan sebatan oleh Mahkamah Sesyen Ayer Keroh hari ini selepas didakwa melarikan dan merogol seorang pelajar perempuan tingkatan satu.<br /><br />Tertuduh Azali Abu, 40 tahun dijatuhi hukuman itu selepas membuat pengakuan bersalah sejurus lapan pertuduhan terhadapnya dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Mohd Sabri Ismail.
